Friday, February 05, 2010

Cd review BERJANGKIT : Wings - Naga Keramat

,

Aduhai ingatkan penyakit je boleh berjangkit.
Entry blog pun boleh berjangkit jugak eh?
sapa yang mula sindrom Wings awal tahun 2010 ni eh? Ijau? Andakah orangnya?



Berjangkit daripada entry saudara Ijau yang ini, maka saya berpusu-pusu ke Jusco Bukit Indah, straight to the point to Speedy video kat tingkat 2 nun. Sale cd ! sale cd! sambil mata berpusing-pusing sekejap. Hasilnya? Sebahagian daripada hasil rampasan perang kat gambar di atas.

Ijau, hang lah punca wallet aku kempis itu hari.
Duit beli Pampers anak telah menjadi benda2 yang tak sepatutnya ni huhuhuhu.




CD Wings+Awie - Naga Kramat.

Album pertama penyatuan semula Wings (Joe, Black, Eddie) dan Awie setelah lama bercerai talak 1. Masa mula-mula keluar track Ameringgo kat radio mana eh masa tu Isma Halil Hamzah yang jadi Djnya (Red Fm kot?) saya dah semangat nak beli. Tapi lama jugak lah baru dapat beli keset NagaKramat ni yang versi istimewa punya. Special packaging ada sarung kotak kat luar dengan gambar foto Wings yang penuh ceria berwarna warni. yang versi cd ni takde kotak luar tu.




Cd dia, lawa gambar naga cina ni.
Zaman ni awie memang banyak gunapakai imej naga, pakai baju corak naga, Dragon malaya, Bumi kita ada naga lah. Eddie Dewanaga agak-agak ada kaitan tak?


Ameringgo = Amerika? best sebab Awie rap.
Ranggi Metropolis yang evergreen. priceless.

Dewi Sakti Malam =Ballad. teringat cerita yang Aziz M osman tu pulak. sape eh pelakon dia jeslina hashim eh? Apa tajuk dia Seri dewi malam heheheeh. Oww oh oh oh oh oh oh oh....
Entah kiri Entah kanan? Heavy. tak berapa masuk.


Kota Langit = sekejap je jadik feveret saya.
Sebelum pasti = hmmm kurang masuk masa mulanya. Lama-lama buleh lah.

Jumpa Hilang = Hmmmm, lepas dengar versi live kat PH terus minat pulak. Minat ni ambik masa jugak eh? Dengar part Awie tarik kat ujung tu ngeri.
Kuda Hitam eh Kuda Hujan = mula2 dengar dah suka, gerek. bila la Wings nak bawak lagu ni live? Best best best.



Sayap Illusi = Ballad. Mari tuan puan kita sama-sama bertenang sambil menghirup secawan teh di atas bukit sambil merenung awan. Sedap juga Awie bikin ini lagu. Senikata dia memang first class hsil karya S. Amin Shahab.
Lubuk Pusing = Riff dia...riff guitar lagu ni mencengkam. Riff aja dah cukup.

Rantau Kebiruan= untuk 3 lagu ballad dalam album ni, lagu ini adalah pilihan utama saya. Good ending for this album. (kalau takda 2 medley selepas track ni)

Nasik tambah: 2 medley, Medley Reunion dan Istimewa.

Kata-kata pesanan brader2 Wings yang penuh rasa keterharuan.







Teringat masa berYM dengan Zan tahun lepas , pasal album Naga Kramat.
Tentang betapa tak sukanya saya pada album ini masa mula2 beli dulu.
Tapi lama-lama boleh tersuka pulak. Hairan bin Ajaib.
Oh Zan , you have open my heart. Auuuuuuu!


Sebagai penutup kata,
memetik senikata lagu Ameringgo, Awie bilang "Make love not war!"

21 comments:

  1. hahaha... hampir semua geng2 bloggers dah kena viral wings. aku tggu takilala dan jairo je lg blm buat entry wings (ayuchokichoki terkecuali sbb dia xminat wings)

    make love not war... make love tu dlm maksudnya liao~

    p/s: aku tau hang kelam kabut buat entry ni sbb tu byk salah ejaan @ typo mistakes

    ReplyDelete
  2. hahahahaaha kantul typo pulak

    mana tak kelam kabut, virus viral wings yg hang mula ni salah satu simpton dia ialah hilang daya tumpuan ketika menaip haha

    (yg sebenarnya baby gua nangis tu yg huruhara tu)

    make love eh hehehe dalam tu kalau tak dalam tak sedap hahahaha ketawa lagi

    ReplyDelete
  3. ni sekarang promosi 3 cd =rm30 eh haha..naga kramat gerek weii

    ReplyDelete
  4. ni namanya menabur racun merata2 ni...hahaha...mentang2 la aku takder cd EddieDewaNaga Keramat ni...

    apa2pun betul kata matakucing...tgh promosi RM30 = 3cd...so kalau sapa2 nak upgrade ke cd tu inilah masanya...

    ReplyDelete
  5. salam Mut
    dah lama tak nampak
    busy jadi mama erk...

    eh aku nampak awie
    dan baru semalam nampak ex awie arnie ngan baby baru diek
    comel sangat

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Untuk album ni, Ranggi Metropolis aku paling suka dan sebenarnya lagu nilah penggerak aku beli gitar karan sebab gitar tong aku bila main chord rock, bunyiknya tak sedap.

    ReplyDelete
  8. muspeeda:
    aik? kat entri aku hang kata xreti main gitar, bkn peminat tegar wings, xhafal lirik lagu wings...

    musykil la aku, pttla nama hang ada musy kat dpn hahaha >:)

    ReplyDelete
  9. Demam Wings la pulak...
    En Ijau kita ni memang pemerhati typing error...ramai yg dah kena tegur...hahahahaha...

    ReplyDelete
  10. cis, aku berusaha tak komen benda ni kat blog ko ijau, sebab tanak ko tahu..
    hampeh, kat sini jugak ko tahu.. wakakakkka

    ReplyDelete
  11. wokey.. entry wings aku dah siap. hahaha. naga kg.keramat.. huhu

    ReplyDelete
  12. Naga ni setia pada tuan, punya hati yg luhur (as pure as dragonheart) punya semangat waja...

    intro Inspirasi tamingsari yg gua dengar sekitar 1987 telah meresap ke sanubari, ini band gua follow sampai diorang mati.

    ReplyDelete
  13. waaa korang ni macam dilanda demam wings la... isk

    ReplyDelete
  14. "Terbang dengan Sayap Illusi, bertutur dalam bahasa hati.."

    Mana nak carik band yang lirik dia sepuitis ni? (mungkin ada tapi aku memang bias..hahaha)

    Oh Portdy, you also have open my heart. Tarik langsir tu..wakakakaaka

    ReplyDelete
  15. masa cd ni keluar, satu kawan aku beli, berebut2 smua nak pinjam...

    2003 kot.. cerita lama ni smua..

    ReplyDelete
  16. buleh pulak jual 3=30rm. kalu jual 1=29rm berganda untung. Patut la artis kaya.

    ReplyDelete
  17. Takings Our Adverse Prices at www.Pharmashack.com, The Outlandish [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Drugstore [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Egg on to Away dippy Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Natter a Unequalled Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] As a armed forces to Your Regimen ! We Vend Opprobrium adduce [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

    ReplyDelete
  18. sahabat gua kartunis aie yang buat ilustrasi album ni. gua tumpang bangga. heh!

    ReplyDelete
  19. pik, sekarang offer 3 RM 30 , borong bebanyak!

    ReplyDelete